Halaman

Khamis, September 03, 2009

Jangan Pertikaikan Wibawa Mahkamah Syariah

Kemelut yang melingkari kes hukuman sebat ke atas Dewi Kartika Sari Soekarno, telah mendorong Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam lain seperti PKPIM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, JIM, MUAFAKAT, Al-Hidayah, serta beberapa NGO lain, menganjurkan sessi sidang media berkenaan dengan isu terbabit, menerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).


Sidang media ini yang dipengerusikan oleh presiden PGSM, Saudara Muhamad Isa Ralip,manakala telah dihadiri oleh beberapa orang wakil media, telah menyatakan dengan tegas agar wibawa serta peranan sistem kehakiman syariah di negara ini dipertahankan serta kaedah perlaksanaannya perlu diperbaiki serta ditingkatkan.

Kenyataan ini adalah respon terhadap tindakan tidak bertanggungjawab beberapa pihak yang mempertikaikan kewibawaan mahkamah syariah di negara ini termasuk menangkis dakwaan bahawa sistem syariah di negara ini tidak bersedia untuk melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan menurut enakmen yang telah ditetapkan serta beberapa dakwaan lain, yang telah dikemukakan kepada masyarakat, menerusi media massa. Bahkan, perbuatan terbabit boleh dianggap sebagai kesalahan ''menghina mahkamah''.

Dalam sidang media itu, wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Mohamad Burok (Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia), mengatakan penggantungan hukuman ini tidak selaras dengan prosedur Dalam sidang media ini juga, wakil-wakil PEMBELA telah mengambil kesempatan untuk menerangkan secara asas akan sistem kehakiman syariah yang diamalkan di negara ini kepada wakil-wakil media yang hadir di samping memberi respon terhadap sebarang persoalan serta kemusykilan yang diajukan, yang sedikit sebanyak memberi gambaran yang lebih terutama berkenaan dengan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda kes ini.

Ketika diaju persoalan berkenaan kritikan media-media antarabangsa terhadap hukuman yang dikenakan ke atas, Saudara Setiausaha Agung (SUA), Mohamad Raimi Ab Rahim, mengatakan bahawa ada pengamal-pengamal antarabangsa seperti dari Turki, yang menanggapi isu yang dikemukakan ini secara positif. Turut mewakili ABIM dalam sidang media terbabit ialah Puan Fadhlina Siddiq, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) dan mantan Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Saudara Azril Mohd Amin.