Halaman

Rabu, Julai 29, 2009

Seminar Menangani Murtad | anjuran KPN USM Kubang Kerian


Pengenalan.


Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan satu demi satu kes murtad dan ia semakin berleluasa. Kes-kes murtad ini berlaku melibatkan samada mereka yang telah sedia muslim ataupun golongan revert (muallaf).

Dalam hal ini, pelbagai pihak dipersalahkan baik Jabatan agama mahupun ibu-bapa sendiri tanpa kita menyedari bahawa kita juga sebenarnya wajib dipertanggungjawabkan atas masalah murtad ini. Oleh yang demikian, atas dasar tanggung-jawab maka kami di pihak Kelas Peradaban Nabawi membuat keputusan untuk menganjurkan Seminar Menangani Murtad yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu murtad dan cara menanganinya secara berhikmah dan bukannya secara beremosi.


Sesi ini dijalankan berdasarkan pengalaman sebenar Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji dalam menangani masalah murtad di seluruh negara.


Objektif Seminar

- Mendedahkan kepada masyarakat punca berlakunya gejala murtad
- Mengupas isu-isu terkini melibatkan gejala murtad
- Melatih peserta agar mampu untuk menangani masalah murtad

Tarikh
31 Julai 2009 (Jumaat)


Masa
2.30PM- 6.30PM


Tempat
Masjid Murni, Universiti sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian

Sasaran Peserta
250 orang peserta terdiri daripada pelajar universiti, professional, golongan agamawan dan orang awam.

Bayaran
Percuma dan minuman petang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak kami menerima sumbangan seikhlas mungkin dari anda untuk tujuan pembangunan dakwah Kelas Peradaban Nabawi USM

Anjuran Bersama
  • Kelas Peradaban Nabawi USMKK
  • Rakan Masjid USMKK
  • Islamic Information and Services Setiawangsa
  • Pusat Islam USMKK


Tentang Bro Shah Kirit Kalkulal Govidji.

Bro Shah Kirit merupakan seorang Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Beliau telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; International Da’wa Training Program di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.

Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai di Islamic Information and Services Setiawangsa dan merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”. Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air.

Selain daripada itu, Bro Shah juga berpengalaman memberikan presentation mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur.

Beliau juga bertugas sebagai Pengurus Saba’ Islamic Media Maju Junction.

Bro Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK.