Halaman

Rabu, Mei 06, 2009

Festival Nasyid Belia 2009


Pada 3 Mei 2009 bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Panji, Kota Bharu Kelantan telah berlangsungnya Festival Nasyid Belia 2009 dimana Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan telah bekerjasama dengan penganjur utama iaitu Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan.

Majlis bermula pada jam seawal 8pagi dengan ketibaan peserta serta dif-dif kehormat memenuhi dewan dan dirasmikan oleh Ybhg. Puan Wan Nor Hashimah Bt. Wan Hashim selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan.



Pertandingan Nasyid Belia pada kali ini disertai oleh 6 kumpulan yang diwakili oleh Kumpulan Al-Harar-Universiti Malaya, ArRijjal-Institut Perguruan Kota Bharu, Suara Tacubiah-SMU(A) Shoutul Muhammadi-Maahad Muhammadi Lelaki, Suara Yacubiah-SMU(A) Maahad Yaacubiah Nipah, Madani- SMKA Falahiah dan Shoutul Watan- SMKA Wataniah. Manaka 3lagi kumpulan undangan untuk persembahan ialah SMKA Naim Lilbanat, SMKA Lati, dan kumpulan Nasyid dari Rumah anak-anak Yatim, Rumah Puteri Harapan (RPH).

Festival ini di pengacarankan oleh saudara Farid yang masih praktikal di Radio Kelantan.FM dan ditemani oleh saudara Syah salahseorang DJ di Radio Kelantan F.M.

Festival Nasyid Belia 2009 ini di akhiri oleh komen para juri yang diketuai oleh Ustz. Zahiddin merupakan pengarah kepada EiPro Resourses dan seterusnya pengumuman pemenang.

Keputusan pertandingan :

Johan : Universiti Malaya
Naib Johan : Maahad Muhammadi Lelaki
Ketiga : SMKA Falahiah

Hadiah disampaikan kepada pemenangan pertandingan nasyid dan pidato oleh Ybhg. Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan dan diiringi Al-Fadhil Ust Faisal selaku Yang Dipertua ABIM Kelantan.


Para penonton yang hadir

VIP : Timb Pengarah JBS, YDP ABIM Kelantan, S.U Kewangan ABIMKelantan

Bahagian Audio Program

Pengacara Majlis

Maahad Yaacubiah

Universiti Malaya

SMKA Falahiah

Institut Perguruan Kota Bharu


Maahad Muhammadi Lelaki

SKMA Lati

Rumah Puteri Harapan

Urusetia Pelaksana Program

Disediakan oleh :SyahiranMuhd