Halaman

Selasa, Oktober 14, 2008

KEM SMARTSTART ABIM KELANTAN

Pendahuluan

Pembangunan sosio ekonomi negara yang bertambah pesat, telah menimbulkan banyak kesan ke atas sistem, struktur, nilai dan hubungan kekeluargaan. Menyedari hakikat inilah, ABIM Negeri Kelantan dengan kerjasama LPPKN Negeri Kelantan telah mengambil inisiatif menganjurkan Kem Motivasi Pra Perkahwinan " Smart Start" bagi mengukuhkan dan memntapkan lagi institusi keluarga. Kem Motivasi ini adalah sebagai pelengkap kursus pra-perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK).

Objektif

Mengukuhkan perkahwinan dan membina keluarga "sakinah dan marhamah" yang mantap dan bahagia dengan :-

- Melengkapkan diri pasangan yang baru kahwin dengan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam menempuhi cabaran di alam perkahwinan.

- Memberi panduan, petua dan kemahiran kepada pasangan baru kahwin kearah persediaan mental dan pembinaan sikap yang positif.

-Menyediakan paltform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenal diri dengan lebih mendalam

Anjuran:

-Angkatan Belia Islam Malaysia, Negeri Kelantan (ABIM)

Dengan Kerjasama:

- Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Pada :

- 23 & 24 Oktober 2009 (Jummat & Sabtu)

Tempat :

- Hotel Raudhah, Kota Bharu

Yuran :

-RM50 Sepasang

Sasaran :

-Pasangan yang akan berkahwin atau bertunang dan pasangan suami/isteri yang tidak melebihi 5tahun tempoh perkahwinan

Aktiviti Kursus :

-Ceramah, Roleplay, Perbincangan Tayangan Multimedia dan Dinamika Kumpulan


*Untuk Maklumat lanjut sila hubungi sekretariat ABIM Kelantan melalui Cik Nadrah / Puan Sharifah

Sekretariat ABIM Negeri Kelantan,
2864-A,Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Tel: 609-771 4373 / 4371
Fax: 609-771 4372